Skip to main content

Posts

Featured

Latar Belakang   Mohd Rozaidy bin Shukry, lebih dikenali sebagai Rojer Kajol, merupakan seorang seniman yang berasal dari Johor Bahru yang mula menapak di dalam bidang seni tradisi muzik Ghazal Melayu Johor sejak tahun 2000. Selain daripada karya menyanyi, beliau juga merupakan anak didik Almarhum Pak Ngah (Datuk Suhaimi bin Mohd Zin) juga seorang pemuzik dan mahir bermain pelbagai jenis alat muzik tr a disional seperti gambus, tabla, rebana, perkusi (conga,bongo,djembe) dan mandolin. Beliau bertekad akan terus berjuang untuk mengembangkan bakatnya dalam seni muzik tradisi Melayu ini supaya tidak pupus ditelan zaman.          Rojer Kajol mempunyai 3 adik- beradik dan beliau merupakan anak lelaki tunggal yang kedua dalam keluarganya. Kesemua ahli keluarga beliau berbakat menyanyi tetapi sekarang hanya beliau dan bapanya, Shukry Mohd Noor sahaja yang aktif dalam bidang muzik . Bapa beliau merupakan seorang pemuzik dan penyanyi Gelomba...

Latest Posts