Latar Belakang
Mohd Rozaidy
bin Shukry, lebih dikenali
sebagai Rojer Kajol, merupakan seorang seniman yang berasal dari Johor Bahru
yang mula menapak di dalam bidang seni tradisi muzik Ghazal Melayu Johor sejak
tahun 2000. Selain daripada karya menyanyi, beliau juga merupakan anak didik Almarhum Pak Ngah (Datuk
Suhaimi bin Mohd Zin) juga seorang pemuzik dan mahir bermain pelbagai jenis
alat muzik tradisional seperti gambus, tabla, rebana, perkusi (conga,bongo,djembe) dan
mandolin. Beliau bertekad akan terus berjuang untuk mengembangkan bakatnya
dalam seni muzik tradisi Melayu ini supaya tidak pupus ditelan zaman.
Rojer Kajol mempunyai 3 adik- beradik
dan beliau merupakan anak lelaki tunggal yang kedua dalam keluarganya. Kesemua ahli
keluarga beliau berbakat menyanyi tetapi sekarang hanya beliau dan bapanya,
Shukry Mohd Noor sahaja yang aktif dalam bidang muzik . Bapa beliau merupakan
seorang pemuzik dan penyanyi Gelombang Biru TLDM. Nenda beliau bernama Siti
Mariam Saad pula seorang penyanyi Melayu asli tulen dan ghazal di Singapura dan
juga pernah menjadi penyanyi latar filem Melayu klasik tahun 60-an. Selain daripada
itu, gelaran “Rojer” diperoleh sempena nama guru beliau yang juga bernama Rojer
kebetulan, selepas guru beliau bertukar agama Islam nama guru beliau juga
adalah Rozaidy . Oleh itu, rakan-rakan serta guru di sekolahnya mula memanggil
beliau dengan gelaran Rojer Rozaidy selepas guru beliau bersara.
Beliau bersama dengan ahli keluarganya.
Beliau bersama dengan adik-beradiknya.
Bapa beliau
yang berada di Kombo Gelombang Biru, TLDM.
Bapa beliau
yang sedang menyanyi.
Nenda (Siti Mariam Saad ) beliau yang sedang menyanyi.
Beliau bersama dengan nendanya.
Beliau bersama dengan isterinya dan anaknya.
Beliau
menyanyi bersama dengan isterinya.
PROFIL
Kemahiran:
➤ Boleh bermain alatan muzik (gambus,
rebana, tabla, perkusi, dijembe/congga,
cajon, darbuka)
➤ Boleh menyanyi (ghazal Melayu Johor, Melayu
asli, langgam Melayu,dangdut,Inggeris, Hindi dan Arab)
➤ Mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
➤ Tahap penulisan (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang baik
Persembahan
➡️ Konsert
New Normal bersama
Dato’M. Nasir, Zizi Kirana dan Dhiya di Panggung Sari, Istana Budaya pada tahun 2020.
➡️ Kesuma Jiwa 2020
bersama Dato’ Rizalman di Laman Istana
Budaya.
➡️ Majlis pernikahan dan persandingan YAM Pengiran Anak Haji Abdul Muiz (Anakanda kepada HRH Pengiran
Anak Puteri Umi Kalthum Al-Islam
~ Adinda Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Hassanal Bolkiah ) di
Baitul Naim, Bandar Seri Begawan, Brunei
selama 9 malam berturut-turut pada tahun 2019.
➡️ Konsert Amal Orkestra
Tradisional Malaysia bersama Dato’ Sri Siti
Nurhaliza sempena Balik Pulau Festival 2019 di Balik Pulau Pinang.
➡️ Majlis Santapan Diraja Duli Yang
- ---- Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di kem Batalion 18 PGA, Pengkalan
Hulu Perak pada tahun 2018.
➡️ Pesta Raya 2017 di Indoor dan
Outdoor Theatre Esplanade
Singapura.
➡️ Duet bersama Syeera Mentor
Millenia, protege Black Mentor bersiaran langsung di TV3 dengan menyanyi lagu
“Mahligai Syahdu” pada tahun 2017.
➡️Dondang Sayang dan Ghazal Melayu Johor dalam
Rancangan Dendang Rakyat Aidilfitri anjuran Radio Klasik, Radio Televisyen
Malaysia (RTM) Kuala Lumpur pada tahun 2015.
Pencapaian
➡️ Mewakili
Malaysia dalam Program Realiti TV Indosiar, Jakarta Indonesia, ~Dangdut Academy
Asia 2 ( DAA2)~ pada tahun 2016.
➡️Tempat
keempat dalam Program Realiti Dangdut Star Astro Prima, Malaysia pada 2016.
➡️Johan Pertandingan Bintang
P.Ramlee 2016 Peringkat Kuala Lumpur.
➡️Naib Johan Pertandingan Kumpulan Muzik Asli Terbuka Johor pada tahun 2008.
➡️Johan Majlis Kebajikan dan Sukan
Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Kategori Nyanyian Lagu Melayu
Asli pada tahun 2008.
➡️Johan Kumpulan Muzik Asli
anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Peringkat Kuala
Lumpur pada tahun 2007.
Karya Lagu
➡️ Rakaman lagu
“Sampai Ke Hari Tua” bersama Aizat Amdan versi Hindi pada 2017.
➡️ Membuat single
lagu “Intezaar Cinta” ciptaan Man Tabla dan lirik Zelo Anis pada 2017.
➡️ Membuat single
lagu raya berjudul “Syukriya Raya” ciptaan Man Tabla pada 2016.
➡️ Merakamkan sebuah
lagu raya bersama Persatuan Bintang Dangdut Malaysia berjudul “Dangdut Lebaran” ciptaan
Pak Ngah.
Roger kajol bersama persatuan bintang dangdut malaysia.
Single lagu “Intezaar
Cinta” ciptaan ManTabla
dan lirik Zelo Anis.
Rakaman lagu “Sampai Ke Hari Tua” bersama Aizat Amdan versi Hindi.
Konsert Dangdut Megastar 2017 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Membuat persembahan dalam Konsert New Normal bersama Dato’ M.Nasir, Zizi Kirana dan Dhiya di Panggung Sari, Istana Budaya.
PENGALAMAN
Sumbangan Rojer Kajol:
Beliau merupakan seorang pemuzik tradisional khususnya muzik ghazal di dalam industri muzik malaysia, antara sumbangan beliau dalam industri adalah beliau memperkenalkan dan mempertengahkan muzik ghazal di dalam dunia maya seperti youtube dan menubuhkan kumpulan ghazalnya sendiri yang diberi nama ORKES MELAYU NUANSA IRAMA pada dahulunya dan kini adalah ORKES MELAYU ROJER (OMROJER) untuk menarik lagi minat generasi muda untuk menghayati dan mencintai lagu-lagu ghazal. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan (gambus) di UPSI pada 2014 sehingga 2016. Selain itu beliau menyumbang tenaga dengan bergerak bersama Persatuan Ghazal Johor Malaysia (GHAJMAS) dalam mengadakan aktiviti-aktiviti perkongsian dengan para mahasiswa dan pemuzik mengenai muzik tradisional. Akhir sekali, beliau bekerjasama dengan Dr Kamarulzaman Mohamed Karim pensyarah muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) dalam menyiapkan modul bahan pengajaran khusus tentang muzik tradisional ghazal.
Foto bersama Rojer Kajol :
Video bersama Rojer Kajol:
Comments
Post a Comment